Friday, November 23, 2012

Pray for Gaza

aku nak luah tapi tak mahu cakap. aku manusia bukan alien sebab tu aku ikut arus semasa. bukan zaman untuk buang masa cuma aku ikut peredaran masa. lihat dengan mata dengar dengan telinga berdoa dengan lidah. tapi itu pun tak mampu untuk aku luahkan betapa sakitnya jiwa aku. betapa seksanya mata aku hanya untuk menyoroti kesah mereka.

dari kaca mata hazelnut aku ini je mampu aku lihat dan selami perasaan anak hilang mak ayah, isteri hilang suami, jadi yatim piatu pada umur 3 tahun aku jamin dia akan membesar dengan tabah tapi tanpa perlindungan sempatkah dia membesar untuk hanya mendoakan ibubapanya? sempatkah dia berjuang menegakkan  tanahairnya? kita?? kita hanya melihat bukan meletakkan diri kita di tempat mereka.


amarah. dendam. geram. sedih . semua sudah sebati umpama bancuhan simen yang di uli kukuh. aku bukan sekuat badang untuk angkat putrajaya baling atas tel-aviv, juga bukan mak tanggang untuk sumpah si-si-si laknat itu menjadi batu. aku hanya orang tua di dalam badan si kacak. mana bisa aku binasakan dgn hanya kata-kata "I Want You Die!"


bagi korang-korang-korang yang nak tambah pahala yang memang di tahap kritikal tu apa salahnya pinjam sesaat dua untuk korang beratkan neraca sebelah kanan. sama-sama kita menDOAkan keselamatan, keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan, keadilan, kemakmuran bagi penduduk Islam yang berada di Gaza. semoga yahudi laknat itu pupus di telan bumi. aminn.



No comments: